Berita

GEMAS: Surau Taman Damai Jaya dinaik taraf

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah meluluskan projek menaik taraf Surau Taman Damai Jaya di sini.

“Saya sendiri salah seorang komuniti di Taman Damai Jaya merasa bertuah dengan pembaharuan surau ini.

“Saya telah memohon kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Tampin untuk membina ruangan makan dan stor penyimpanan peralatan masakan dan pinggan mangkuk.

“Alhamdulillah Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan ini dan kerja-kerja menaik taraf surau ini sedang berjalan lancar.

“Apabila projek ini siap, kemudahan baru ini akan memberi keselesaan kepada ahli jawatankuasa dan para jemaah apabila diadakan sebarang majlis di surau ini pada masa akan datang,” kata Siti Aishah selepas membuat lawatan tinjauan ke surau tersebut.

Turut Hadir, Pengerusi Surau An Nur, Imam Azis; Ahli Jawatankuasa Surau An Nur, Encik Ramli Sutan dan Pengerusi KRT Taman Damai Jaya, Encik Hairul Anuar Shafiai.

Show More

Related Articles

Back to top button