Aktiviti

GEMENCHEH: 30 keluarga Hindu terima sumbangan Deepavali

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi merasmikan Karnival Deepavali DUN Gemencheh yang berlangsung sejak 28 Oktober sehingga 3 November ini.

“Saya juga telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 30 keluarga beragama Hindu yang kurang berkemampuan dari DUN Gemencheh.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan menjelang Deepavali tidak lama lagi,” kata Abd Latif.

Turut hadir Pengerusi MPKK Sri Gemencheh, Encik Zulkifli; Pengerusi MPKK Kampung Baru Gedok, Encik Wong dan Ahli Majlis Tampin, Encik Davindren.

Show More

Related Articles

Back to top button