Aktiviti

Gemencheh: Latif sumbang mesin pembuatan parang kepada komuniti kelompok

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyumbang tiga buah mesin pembuatan parang kepada komuniti kelompok Kampung Pulau, Air Rawa dekat sini.

“Saya menyumbangkan sebanyak tiga buah mesin iaitu mesin penebuk, mesin pengasah dan mesin pemotong besi bagi penghasilan produk parang tersebut.

“Sumbangan ini kepada komuniti berkelompok yang mengusahakan pembuatan parang berpusat di Kampung Pulau, Air Rawa.

“Dengan adanya mesin kelengkapan ini, diharapkan pengusaha parang ini dapat menghasilkan produk yang bermutu.

“Saya berharap sektor pembuatan parang di kampung ini akan terus berkembang bukan sahaja di pasaran tempatan, malah dapat dikomersialkan ke peringkat yang lebih luas,” kata Abd Latif.

 

Show More

Related Articles

Back to top button