Berita

Pelajar IPT terima sumbangan kewangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren, telah memberi sumbangan kewangan kepada seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi meringankan beban pelajar yang akan menyambung pengajian di peringkat tinggi.

“Dalam masa sama, saya juga turut memberikan sumbangan kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin,” kata Gunasekaren.

Sumbangan tersebut diberikan di Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button