Berita

Gemencheh: Latif sumbang RM16,200 kepada 15 masjid dan 29 surau

GEMENCHEH: Institusi masjid sentiasa diberi perhatian oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi.

Baru-baru ini Abdul Latif telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 15 buah masjid dan 29 buah surau di DUN Gemencheh.

“Saya telah menyerahkan sumbangan RM500 kepada setiap 15 buah masjid dan RM300 kepada 29 buah surau.

“Jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM16, 200. Menjelang sambutan Ramadhan minggu hadapan, diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan masjid dan surau berkenaan,” kata Abd Latif.

Majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung di di Balairaya Kampung Tengah.

Show More

Related Articles

Back to top button