Aktiviti

GEMENCHEH: Pemenang Pertandingan Kecerian Kampung terima hadiah RM1,300

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Kampung dan e-Sports PUBG DUN Gemencheh yang telah diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Abd Latif berkata, sebanyak 16 kampung telah mengambil bahagian dalam pertandingan keceriaan kampung yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 31 Ogos lalu, manakala 16 pasukan telah menyertai pertandingan E-Sports.

“Kampung Air Rawa yang menjadi johan pertandingan keceriaan kampung menerima hadiah wang tunai RM1,300, piala pusingan dan sijil penyertaan.

“Kampung Sungai Jernih dan Felda Sungai Kelamah berkongsi kedudukan sebagai Naib Johan menerima RM1,000 dan sijil penyertaan.

“Pasukan E3 Bravo menjadi juara pertandingan e-Sports PUBG dan memenangi hadiah wang tunai RM600; Naib Johan pasukan Team Boat (RM400) dan tempat ketiga pasukan JNT E-Sports (RM200),” kata beliau.

Majlis penyampaian hadiah diadakan di Balai Raya Kampung Tengah dengan SOP yang ketat.

Turut hadir, Penghulu Mukim Gemencheh Encik Syafiq dan Penghulu Mukim Air Kuning Encik Faris.

Show More

Related Articles

Back to top button