Berita

GEMENCHEH: Seribu warga emas berjaya didaftarkan untuk menerima suntikan vaksin

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh dengan kerjasama MPKK setempat berjaya mendaftarkan 1,000 warga emas untuk suntikan vaksinasi Covid-19.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd.Latif A.Tambi berkata, kempen pendaftaran vaksinasi di DUN Gemencheh telah dijalankan sejak sebulan yang lalu.

“Sehingga hari ini, seramai 1,000 warga DUN Gemencheh yang sebahagian besarnya warga emas telah berjaya didaftarkan untuk menerima suntikan vaksin.

“Mereka yang didaftarkan ini terdiri dari golongan yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar, tidak tahu menggunakan aplikasi My sejahtera untuk proses pendaftaran dan tiada kemudahan internet.

“Harapan saya dengan usaha kecil ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengekang pandemik Covid-19 khususnya di DUN Gemencheh,” jelasnya.

 

Abd Latif berkata demikian selepas menyerahkan borang pendaftaran kepada pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Gemencheh petang kelmarin.

Sementara itu Abd Latif menyerahkan sumbangan pelitup muka (mask) dan pelindung muka (face shield) kepada ‘frontliners’ di Sekatan Jalan Raya Air Kuning Selatan, Sekatan Jalan Raya Gemencheh, Klinik Kesihatan Air Kuning dan Klinik Kesihatan Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button