Aktiviti

Gemencheh: Warga emas ceria rumahnya dibaik pulih

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah menjayakan program gotong royong membaik pulih rumah seorang warga emas, Mat Nor Jabok di Kampung Ulu Rokan.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Abd Tambi berkata, pihaknya sentiasa cakna dengan keperluan penduduk setempat.

Program gotong royong ini melibatkan MPKK Kampung Ulu Rokan, sukarelawan AWAN Tampin dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tampin.

“Selepas mendapat maklumat dari MPKK Ulu Rokan, saya telah menziarahi Pak Cik Mat Nor dan mendapati keadaan rumahnya usang dan peralatan asas di rumahnya sudah uzur dan rosak.

“Justeru, program gotong royong ini telah diusahakan untuk membaik pulih rumah beliau dan menggantikan peralatan asas yang rosak.

“Diharapkan selepas ini, beliau lebih selesa tinggal di rumah ini,” kata Abd Latif.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin, YB Hasan Bahrom dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani , YB Bakri Sawir.

Abd Latif turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, ADUN Klawang, YB Bakri Sawir; ADUN Lenggeng, YB Suhaimi Kassim; Encik Baharuddin Radzi (Les Copaque) dan AWAN Tampin di atas sumbangan kewangan menjayakan gotong royong ini.

Show More

Related Articles

Back to top button