Berita

Gergaji berantai sumbangan ADUN Repah bantu MPKK ketika kecemasan

Dapat bersihkan pokok tumbang yang halang jalan

REPAH: Pengerusi MPKK Kampung Sri Repah, Azman Ali Badaruddin merakamkan penghargaan kepada ADUN Repah, YB S.Veerapan yang menyumbang mesin gergaji berantai dan mesin penyembur racun kepada MPKK tersebut baru-baru ini.

“Sumbangan mesin gergaji berantai oleh YB Tuan Veerapan sangat berguna dan sungguh bermanfaat.

“Semalam akibat hujan lebat dan angin kencang sebatang pokok manggis di Batu 4 1/2, Kampung Sri Repah telah tumbang di atas jalan.

“Pokok ini menghalang jalan masuk ke rumah seorang penduduk di sini.

“Dengan adanya kemudahan mesin gergaji berantai ini, saya dapat memotong dan membersihkan pokok yang tumbang dengan serta merta.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Veerapan di atas sumbangan ini,” kata Azman.

Foto: Santha

Show More

Related Articles

Back to top button