Berita

Rafie lancar Gerobok Asnaf DUN Ampangan

Menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula

AMPANGAN: ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek mengambil inisiatif baru untuk membantu golongan fakir dan miskin di dalam DUN Ampangan dengan melancarkan Gerobok Asnaf DUN Ampangan.

Rafie berkata, gerobok ini akan menyediakan barangan keperluan asas seperi beras, tepung, gula, bihun, minyak masak, garam, ikan dalam tin (sardin) dan biskut.

Kesemua warga Ampangan di bawah kategori fakir dan miskin boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan seperti berikut:

1. Warga Ampangan (menurut syarat-syarat yang ditetapkan).
2. Golongan fakir/miskin.
3. Dibenarkan mengambil maksima 3 barang sahaja untuk setiap kali pengambilan.
4. Dibenarkan mengambil barangan sekali dalam tempoh setiap 2 minggu.
5. Setiap pengambilan barang perlu direkodkan.

“Barangan di Gerobok Asnaf DUN Ampangan ini akan ditambah stok sekali setiap minggu dan pemberian tertakluk kepada barangan yang ada di gerobok ini.

“Perkhidmatan ini berada di Pusat Khidmat DUN Ampangan yang beralamat di 52A-1, Jalan Cempaka, Bandar Baru Ampangan, 70400 Seremban (d ihadapan Pasar Ampangan).

“Usaha mengwujudkan Gerobok Asnaf DUN Ampangan ini adalah langkah awal untuk membantu golongan fakir miskin dengan diikuti usaha untuk membantu mereka dalam langkah kedua iaitu untuk berdirikari.

“Manakala untuk mereka yang benar-benar tidak berkemampuan untuk berdirikari secara sendiri oleh sebab-sebab faktor tertentu seperti kesihatan atau usia, mereka akan dibantu sehingga mereka mendapat bantuan secara terus dari Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat,” jelas Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button