Aktiviti

GGB FC johan Piala MB Peringkat Parlimen Kuala Pilah

KUALA PILAH: Pasukan GGB FC wakil DUN Pilah telah menjuarai pertandingan bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bagi peringkat Parlimen Kuala Pilah.

GGB FC akan mewakili parlimen Kuala Pilah di peringkat negeri yang akan berlangsung pada bulan Disember ini.

GGB FC menewaskan pasukan Kuala Serdang FC juga dari DUN Pilah dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Majlis Daerah Kuala Pilah malam Ahad.

ADUN Kuala Pilah, YB Mohamad Nazaruddin Sabtu berkata, kejohanan berlangsung selama dua hari, menyaksikan sepuluh pasukan telah bertanding secara liga mewakili lima DUN.

“Perlawanan akhir berlangsung dalam keadaan hujan lebat dan itu tidak menghalang para pemain dari menunjukkan persembahan terbaik kepada para penonton,” kata beliau.

Perlawanan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun; Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani; Ketua Jurulatih NSFC, Encik K.Devan dan pemain NSFC, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak yang turut sama menyaksikan perlawanan akhir dan sempat bersuai kenal dengan para pemain sebelum perlawanan bermula,” kata Nazaruddin.

GGB FC membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan pingat. Kuala Serdang FC pula menerima wang tunai RM2,000, piala dan pingat.

Saudara Hairil Irwan Jamaludin, 30, dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Nazaruddin mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang serta semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button