Aktiviti

Golongan OKU dan pesakit penyakit kritikal disantuni Gunasekaren

15 asnaf terima sumbangan barangan keperluan harian

SEREMBAN JAYA: Golongan asnaf termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan yang berpenyakit kritikal dari enam taman perumahan di DUN Seremban Jaya disantuni oleh ADUN nya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 15 individu yang sakit terlantar, bergantung kepada bantuan kerusi roda, berpenyakit kritikal sehingga tidak boleh menguruskan diri dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Sumbangan hari ini telah diberikan kepada 15 orang asnaf di DUN Seremban Jaya.

“Antara taman yang terlibat dalam program ini ialah Taman Senangin, Taman Merpati, Taman Bidara, Taman Sri Mawar, Taman Bukit Sri Senawang dan Taman Tuanku Ampuan Najihah.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan kesakitan yang ditanggung oleh mereka.

“Program sumbangan barangan keperluan harian seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya, Encik P. Minnal Veeran, Encik Anbalagan, Encik Suriya dan Encik Muthu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button