Aktiviti

Gong Xi Fa Chai: 1,120 keluarga Tionghua terima sumbangan Bakri

KLAWANG: Seramai 1,120 keluarga Tionghua dari DUN Klawang menerima sumbangan dari ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Bakri berkata, menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada hari Jumaat ini, beliau telah mengagihkan sumbangan sekotak limau mandarin dan sekampit beras kepada masyarakat Tionghua di sekitar Pekan Kuala Klawang, Ladang Jelebu dan Kampung Hosapa.

“Pengagihan sumbangan telah dibuat secara berperingkat-peringkat. Seramai 160 keluarga dari Pekan Kuala Klawang, 500 keluarga dari Ladang Jelebu dan 460 keluarga dari Kampung Hosapa telah meneirma sumbangan kali ini.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada kaum Tionghua yang terpaksa menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini dalam tempoh PKP.

“Amalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Patuhi SOP agar dapat bersama-sama memerangi wabak Covid-19 ini,” ujar beliau yang juga merupakan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Show More

Related Articles

Back to top button