Aktiviti

Gong Xi Fa Chai: 500 keluarga terima Ang Pau dari Veerapan

REPAH: ADUN Repah, YB S.Veerapan menghulurkan sumbangan kewangan kepada 500 keluarga warga emas di DUN Repah sempena sambutan Tahun Baru Cina, Jumaat ini.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, beliau menyerahkan sumbangan ‘Ang Pow’, bekalan makanan asas dan limau mandarin kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas.

“Selain sumbangan Ang Pow (kewangan) RM50 kepada setiap seorang penerima, saya juga menyerahkan bantuan beras, biskut, Chinese Cured Sausage dan limau mandarin.

“Sumbangan ini dihantar terus ke rumah penerima dengan mematuhi SOP yang ketat.

“Semoga bantuan Tahun Baru Cina ini dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada golongan warga emas ini pada musim pandemik Covid-19 ini,” kata Veerapan.

Turut bersama Veerapan menyantuni warga emas Tionghua di Repah ialah Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Bahrom dan Pengerusi MPKK Kampung Repah, Encik Phang Shao Chang.

Show More

Related Articles

Back to top button