Berita

Menetap di Lenggeng, kerja di Selangor

EKSKLUSIF: Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, kebanyakkan penduduk yang menetap di Lenggeng bekerja di luar seperti di Lembah Klang, Semenyih, Beranang, Kajang, Putrajaya, Nilai dan Seremban.

“Hal ini disebabkan kos rumah di Lenggeng lebih murah berbanding kawasan lain.

“Oleh itu, saya mahu membangunkan Lenggeng sebagai sebuah kawasan penempatan kos murah.

“Sebagai contoh, harga rumah di Bandar Tasik Senangin jauh lebih murah berbanding dengan rumah di Eco Majestic (Selangor).

“Perbezaan harga jualan yang sangat ketara, sedangkan kedua-dua taman perumahan ini berada di sempadan Negeri Sembilan dan Selangor.

“Sekarang, Kerajaan Negeri sedang membangunkan sebuah tanah milik MBI dengan pemaju dengan pembinaan 500 unit rumah mampu milik bersebelahan Bandar Tasik Senangin.

“Saya mahu rumah itu dimiliki oleh anak muda yang rata-ratanya masih belum mampu memiliki rumah yang mahal-mahal,” kata Suhaimi.

Suhaimi turut menjelaskan bahawa perancangan ‘Stay in Lenggeng, Work in Klang Valley’ sudah dimulakan sewaktu Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh Pakatan Harapan.

“Walau bagaimanapun kita semua sedia maklum bahawa kerajaan tersebut tidak kekal lama.

“Kemudian kita diuji pula dengan pandemik Covid-19.

“Maka pelaksaaan hasrat projek ini tergendala.

“In Sya Allah ianya akan disambung pada hari-hari mendatang,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button