Aktiviti

Gotong royong bersihkan kediaman warga emas

KOTA: Puan Han Kwai Lin, 66, merupakan seorang peniaga kedai runcit di Pekan Kota. Beliau meniaga dan menetap di kedai yang disewanya sejak hampir 10 tahun.

Akibat usia kedai tersebut yang telah menjangkau 50 tahun, keadaannya sangat usang dan membahayakan.

Justeru, Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim dengan kerjasama Pengerusi MPKK Pekan Kota, Encik Zakaria Maarof telah mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kedai tersebut dan kawasan sekitarnya.

“Alhamdulillah, gotong-royong dapat dilaksanakan dengan bantuan Majlis Daerah Rembau, Jabatan Kerja Raya Rembau, SWM Environtment Sdn Bhd Rembau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Rembau.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan gotong-royong ini,’ kata Muhammad Allif.

Show More

Related Articles

Back to top button