Aktiviti

Gotong royong boleh menyuburkan perpaduan

Program melibatkan masyarakat perlu disuburkan

LENGGENG: Aktiviti gotong royong mampu menyuburkan perpaduan masyarakat setempat. Justeru, aktiviti yang mengikat ukhuwah penduduk perlu diperbanyakkan; kata ADUN Lenggeng, YB Suhaimi Kassim.

Suhaimi berkata demikian dalam program gotong-royong bersama belia dan penduduk tempatan di Jalan Kubur Genting, anjuran MPKK Kampung Pantai Batu 8.

“Alhamdullillah hari ini kita dapat membersihkan kawasan buluh yang menjadi sarang kera yang selalu mengganggu penduduk di sekitar kampung ini.

“Program yang melibatkan kerjasama orang ramai perlu disuburkan. Sekiranya ada perselisihan pendapat, ia perlu dibincangkan sehingga mencapai kata sepakat.

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,” kata Suhaimi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button