Aktiviti

Gotong-royong meningkatkan komitmen komuniti terhadap kebersihan

LINGGI: Pejabat Penyelaras Linggi dengan kerjasama menganjurkan program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Panjang.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, aktiviti yang dilakukan adalah memotong rumput, membuang dahan pokok serta membersihkan sampah sarap.

“Aktiviti sebegini adalah sangat baik untuk dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat, di samping meningkatkan keprihatinan dan komitmen komuniti terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan kampung.

“Sumbangan barangan makanan juga diberikan kepada penduduk yang hadir membantu menjayakan gotong-royong ini sebagai tanda penghargaan.

“Tahniah kepada Pengerusi Kampung Pasir Panjang, Encik Nizam dan ahli jawatankuasanya yang menjayakan program ini,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button