Berita

Kenaikan elaun membantu kehidupan golongan terlibat dengan institusi agama Islam

SEREMBAN: Kenaikan elaun dan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada golongan yang terlibat dengan pengurusan institusi agama Islam sedikit sebanyak membantu kehidupan mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, Guru KAFA dan Guru Takmir menerima peningkatan elaun RM50 sebulan.

“Kalau setahun RM600 dan kadang-kadang amaun ini lebih banyak daripada bonus kakitangan kerajaan.

“Elaun Guru KAFA telah ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,050 sebulan sejak 2019. Guru Takmir menerima kenaikan elaun daripada RM900 kepada RM950 sebulan.

“Elaun Bilal daripada RM200 kepada RM500 sebulan (kenaikan RM300 sebulan).

“Elaun Siak daripada RM200 kepada RM450 sebulan (kenaikan RM250 sebulan).

“Elaun Pembantu Am Wanita daripada RM150 kepada RM400 sebulan (Kenaikan RM250),” katanya.

Kenaikan elaun Bilal RM3,600 setahun

Mohd Zaidi berkata, sebagai contoh, Bilal menerima kenaikan RM300 sebulan.

“Kalau dihitung setahun jumlahnya RM3,600. Ini satu sumbangan yang besar daripada Kerajaan Negeri.

“Siak di kawasan bandar lazimnya ada pekerjaan tetap. Kalau Siak di kampung kebiasaannya warga emas.

“Apabila Siak di kampung menerima pendapatan tambahan RM250 sebulan menjadikan elaun bulanan RM450, maka saya rasa ianya amat membantu.

“Lebih-lebih lagi kalau isterinya Pembantu Am Wanita. Kenaikan RM250 bagi seorang wanita di kampung, meringankan beban kos sara hidup,” ujarnya lagi.

Penggali Kubur dihargai

Mohd Zaidi menambah, Kerajaan Negeri Sembilan juga beri sumbangan one-off RM1,000 kepada 909 penggali kubur yang berdaftar dengan JHEAINS.

“Lazimnya pengali kubur hanya dikenali apabila ada kematian.

“Ini satu usaha Kerajaan Negeri mengiktiraf golongan penggali kubur,” kata Moihd Zaidi.

Show More

Related Articles

Back to top button