Berita

Gotong-royong semai semangat kerjasama masyarakat kampung

LINGGI: Pejabat Penyelaras DUN Linggi dengan kerjasama MPKK Kampung Pengkalan Durian telah menganjurkan program gotong-royong bagi membersihkan persekitaran kawasan balai raya, surau dan gelanggang futsal di kampung tersebut.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, walaupun pada asasnya program ini untuk membersihkan kawasan infrastruktur awam tetapi program ini juga berjaya menyemai semangat kerjasama antara masyarakat kampung.

“Saya sendiri mengambil peluang ini sempat berbual mesra dan bertanya khabar dengan penduduk kampung mengenai permasalahan atau penambahbaikan yang ingin dibuat.

“Seramai 20 penduduk kampung telah menjayakan program gotong-royong ini yang menyemarakkan lagi semangat tolong menolong dan cintakan kebersihan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Segala cadangan akan saya pertimbangkan untuk penambahbaikan,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button