Aktiviti

Gotong Royong Taman Sri Mawar menyuburkan perpaduan pelbagai kaum

ADUN Seremban Jaya memuji kesungguhan penduduk taman

SEREMBAN JAYA: Walaupun dirancang pada saat-saat akhir, itu tidak menghalang Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Mawar untuk menjayakan ‘Program Gotong Royong Membersihkan Balairaya Taman Sri Mawar’.

ADUN Seremban Jaya, P.Gunasekaren dalam ucapan perasmian memuji kesungguhan penduduk Taman Sri Mawar dan Rumah Pangsa Senawang 2 yang turut sama terlibat menjayakan aktiviti tersebut.

“Ini lah sikap dan komitmen yang harus dicontohi masyarakat.

“Apatah lagi saya bangga melihat penyertaan semua kaum dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini.

“Selain bergotong royong membersihkan balairaya, ia juga memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren sendiri turut terlibat dalam kerja-kerja pembersihan kawasan balairaya tersebut.

Pemimpin masyarakat yang terlibat dalam program ini ialah Ahli Jawatankuasa KRT Taman Sri Mawar 1, Encik Yusuf, Encik Chia, Encik Hamzah dan Encik Zuki; Pengerusi Kebajikan Penduduk Rumah Pangsa Senawang 2, Encik Izlan; Wakil Wanita, Puan Raja Dewi; Pengerusi Surau Taman Sri Mawar 2, Encik Khalil dan Pengerusi Hindu Dharma Mamandran, Encik Sellamuthu.

Turut serta Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Sais Ali; Ahli Majlis Daerah Rembau, Saudari Kamala; Pengerusi Cawangan DAP Taman Sri Mawar, Saudara Pathamanathan dan Setiausaha Cawangan DAP Saudara Jayakumar serta penduduk setempat yang bergabung tenaga menjayakan gotong royong ini.

Show More

Related Articles

Back to top button