Berita

Gunasekaran: 84 keluarga dikuarantin telah dibantu dalam tempoh PKP 3.0

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata dalam tempoh tiga minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), sebanyak 84 keluarga yang dikuarantin akibat pandemik Covid-19, telah dibantu dengan bekalan makanan asas.

“Sejak PKP 3.0, dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021, sebanyak 84 buah keluarga telah menerima Bantuan Khas Covid-19 sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam bentuk barangan keperluan asas termasuk barangan kering dan barangan basah.

“84 keluarga ini dari Taman Seremban Jaya, Taman Seremban Jaya Idaman, Taman Senangin, Taman Sri Mawar, Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Bukit Sri Senawang, Taman Sri Kamban dan Taman Forest Heights.

“Boleh dikatakan hanmpir setiap hari ada sahaja kes kuarantin yang dilaporkan dan perlu diberi bantuan segera,” kata Gunasekaren.

Gunasekaran berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga terbabit mengharungi kehidupan dalam suasana dikuarantin di dalam rumah bagi tempoh tertentu yang ditetapkan serta sentiasa mematuhi segala arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ini perlu agar penularan rantaian jangkitan virus Covid-19 dapat diputuskan,” ujarnya.

Turut bersama dalam misi bantuan ini Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button