Berita

Gunasekaran: Masalah tanah runtuh di Taman South East akan diatasi segera

SEREMBAN: Kejadian tanah runtuh di belakang sebuah rumah penduduk Taman South East mendapat perhatian dan tindakan segera ADUN Seremban Jaya, P.Gunasekaren dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Zazali Salehudin.

Turut hadir ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon; Setiausaha MBS, Encik Mas Midyawan Yahya, Ahli Majlis MBS, Puan Jamilah Said Ali dan penghuni rumah terbabit, Enciik Norhazwan.

“Kerja-kerja pembersihan akan dimulakan terlebih dahulu dan seterusnya kerja pembaikan akan dilakukan secara berperingkat kerana kawasan ini berhadapan isu tanah runtuh, cabbine wall retak dan berlaku pergerakan tanah.

“Terdapat kesukaran untuk melakukan kerja- kerja pembaikan kerana tapak kawasan perumahan di sini berada di kawasan cerun dan tiada laluan sempurna bagi penggunaan jentera berat secara sepenuhnya; malah kerja pembaikan terpaksa dilakukan secara manual,” jelas Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, penduduk boleh menarik nafas lega kerana pihak MBS akan melaksana kerja pembaikan dengan kadar segera.

Show More

Related Articles

Back to top button