Berita

Gunasekaran: Tapak penempatan semula peniaga sedang diusahakan

Tapak cadangan di antara Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Taman Bukit Sri Senawang

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaran berkata, cadangan menempatkan semula peniaga yang terjejas akibat tempoh PKP, PKPB dan PKPP kerana wabak Covid-19 sedang usahakan olehnya.

“Tapak cadangan peniaga ini sudah lama wujud sebenarnya. Ianya terletak di antara jalan masuk ke Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Taman Bukit Sri Senawang.

“Terdapat hampir 10 buah gerai yang sudah menjalankan perniagaan di sini dulu lagi.

“Namun, sejak wabak Covid-19 melanda, peniaga ini tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.

“Pemilihan dan tapak cadangan ini akan dipanjangkan kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS), untuk dikaji semula bagi membantu peniaga berniaga mengikut SOP yang ditetapkan kelak, dalam memastikan semua peniaga memiliki lesen,” jelas Gunasekaran.

Turut hadir dalam sesi lawatan bertemu dengan peniaga terbabit ialah Ahli Majlis MBS, Puan Jamilah Said Ali.

Sementara itu, baru-baru ini pegawai penguatkuasa dari Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS telah menjalankan pemantauan dan pematuhan penjaja di Tapak Pasar Malam Taman Seremban Jaya.

“Hasil pemantauan, kesemua penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan mematuhi SOP dan syarat yang telah ditetapkan di bawah PKPP

‘Keadaan di sekitar kawasan tapak pasar malam pula adalah baik dan terkawal,” kata Gunasekaran.

Turut hadir Ahli Majlis MBS, Puan Jamilah Said Ali dan pihak penganjur Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Malam Negeri Sembilan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close