Aktiviti

Gunasekaren agih 120 pek dodol dan bubur lambuk

SEREMBAN JAYA: Sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah berkesempatan menyantuni Ahli Jawatankuasa Surau Fasa 1, Taman Seremban Jaya yang bergotong royong menjayakan program kacau dodol dan bubur lambuk.

Gunasekaren berkata, program kacau dodol dan bubur lambuk dilaksana sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang menjelang tidak lama lagi.

“Saya turut menyumbang sumber kewangan bagi menjayakan program kacau dodol dan bubur lambuk ini yang seterusnya diagihkan kepada 120 penduduk setempat,” katanya.

Gunasekaren turut singgah di Bengkel Industri Kecil Sederhana (IKS) kepunyaan pasangan suami isteri Puan Sharifah dan Encik Yusuf yang mengusahakan makanan ringan, pelbagai kerepek dan biskut.

Gunasekaren mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa surau dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kacau dodol dan bubur lambuk yang dapat memupuk semangat kejiranan, keakraban hubungan masyarakat dan mengeratkan sillaturrahim antara satu sama lain.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Show More

Related Articles

Back to top button