Aktiviti

Gunasekaren agih 1,500 set bubur lambuk dan buah kurma kepada umat Islam

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengedarkan 1,500 set bubur lambuk dan buah kurma sempena bulan Ramadhan di Bazar Ramadhan Taman Seremban Jaya dan dua buah masjid serta sebuah surau di DUN tersebut.

“Penganjuran program agihan bubur lambuk dan buah kurma sudah menjadi satu kemestian oleh pejabat saya, setiap kali datangnya bulan Ramadhan.

“Kita telah mengagihkan 1,500 pek bubur lambuk dan buah kurma kepada orang ramai khususnya umat Islam di DUN Seremban Jaya.

“Istimewanya Ramadhan tahun ini, saya juga berkesempatan berbuka puasa bersama jemaah Masjid Saidithina Khadihah Seremban Jaya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu menyediakan bubur lambuk dan ini termasuk KRT Fasa 10 Taman Seremban Jaya,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button