Aktiviti

Gunasekaren agih ‘Pek Hari Raya’ kepada 30 keluarga asnaf Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mengagihkan ‘Pek Hari Raya’ kepada 30 keluarga asnaf di Fasa 5, Taman Seremban Jaya.

“Sempena sambutan Aidilfitri, saya telah mengagihkan ‘Pek Hari Raya’ atau barang keperluan masakan dan makanan untuk Hari Raya kepada 30 keluarga asnaf.

“Semoga sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung penerima.

“Diharapkan sumbangan ini memberikan keceriaan kepada keluarga ini sempena sambutan Aidilfitri,” ujar Gunasekaren.

Gunasekaren menyerahkan 30 ‘Pek Hari Raya’ kepada Pengerusi Masjid Saidatina Khadijah, Encik Azam untuk diagihkan kepada 30 ahli kariah masjid yang terdiri daripada golongan asnaf.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button