Menarik

Gunasekaren anjur program Kacau Dodol, kekal tradisi

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan program Mengacau Dodol dengan kerjasama KRT Taman Seremban Jaya Fasa 7.

“Sempena bulan Ramadhan dan ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi, saya telah mengadakan pelbagai program bagi menyantuni masyarakat Islam setempat.

“Selain program kacau dodol, saya juga telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pengerusi Jiran Wanita KRT Rumah Pangsa Senawang 2, Puann Noraziah Mohd Yusof bagi menjalankan program mengedar kuih raya sempena Hari Raya tidak lama lagi,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada pengurusan Taman Sri Mawar 1 bagi menjalankan majis berbuka puasa.

“Manakala di Rumah Pangsa Senawang 2, saya telah mengadakan program memasak bubur lambuk.

“Semoga sambutan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini lebih meriah,” ujar beliau lagi.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button