Berita

Gunasekaren sumbang tilam dan bantal kepada mangsa banjir Rahang

DUN Rahang dan DUN Seremban Jaya terletak bersebelahan

SEREMBAN JAYA: Walaupun kawasannya tidak terjejas dengan kejadian banjir pada 4 Novermber lepas, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren turut sama membantu membantu mangsa banjir di DUN Rahang.

Gunasekaren yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan bersama Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah melawat mangsa banjir di Taman Mok Sum, Taman Happy Garden, Kampung Pasir, Kampung Abok, Kampung Singh dan Kampung Dato’ Mansor.

“Saya telah menyumbang barangan keperluan asas seperti tilam, bantal, selimut, makanan dan minuman kepada mangsa banjir.

“Sumbangan ini adalah di bawah Peruntukan Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya dan Pejabat Ahli Parlimen Rasah.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terkesan dengan banjir kilat berlumpur ini yang telah melanda sebahagian besar kawasan perumahan ini,” ujar Gunasekaren.

Gunasekaran turut merakamkan penghargaan kepada NGO dan individu yang turut menyumbang pelbagai jenis bantuan seperti tilam, bantal, makanan dan minuman.

Show More

Related Articles

Back to top button