Berita

Gunasekaren cadang bulatan jalan Seremban Garden dilebarkan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah meninjau lokasi aduan bulatan jalan (roundabout) yang agak sempit dan merbahaya di Seremban Garden.

Gunasekaren berkata, laluan ini digunakan untuk susur keluar masuk ke Jalan Seremban- Tampin dan taman perumahan seperti Taman Seremban, Taman Seremban Baru, Taman Kian Kie, Taman Yoon Fook, Taman Tan Chee Hoe dan Forest Heights.

“Saya mencadangkan agar bulatan jalan ini dilebarkan dan penghadang jalan dipasang di culvert longkang bagi mengelakkan kenderaan dari terbabas dan kemalangan,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button