Aktiviti

Gunasekaren dan Cha santuni peniaga dan pengunjung pasar malam Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyantuni para peniaga dan pengunjung Tapak Pasar Malam Seremban Jaya, di samping mengedar face mask, face shield dan akhbar Nogori Kito.

Gunasekaren berkata, tujuan pengedaran ini adalah sebagai peringatan kepada peniaga dan pengunjung agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan wabak Covid-19 yang masih terus meningkat.

‘Kami berharap orang ramai perlu mematuhi SOP yang ditetapkan demi kepentingan bersama kerana ia adalah tanggungjawab bersama dalam melawan penularan wabak Covid-19 ini.

“Kegagalan kita akan menyebabkan wabak Covid-19 akan terus merebak dan akan menyebabkan ianya tidak dapat dibendung dan kita akan terus berhadapan dengan wabak Covid-19 tanpa kesudahan.

“Kita jaga kita, patuhi SOP, sentiasa memakai pelitup muka, kekalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dan jaga kebersihan,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Ahli Majlis Daerah Rembau, Puan R.Kamala; Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik S.Mugunthan dan Pengerusi DAP Cawangan Rahang Besar, Saudara Ravi.

Show More

Related Articles

Back to top button