Aktiviti

Gunasekaren dan Kesavadas santuni 18 OKU

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya YB P.Gunasekaren dan Senator Dato’ A.Kesavadas telah menyampaikan bantuan makanan kepada 18 individu di DUN Seremban Jaya.

“Seramai 18 individu yang terdiri dari pelbagai kategori OKU telah menerima barangan keperluan asas sepert beras, gula, telur dan minyak masak.

“Setiap set barangan ini bernilai RM100 dan bantuan ini dihulurkan dua kali setiap bulan,” ujar Gunasekaren.

Sementara itu Kesavadas berkata, bantuan barangan bulanan ini merupakan program kebajikan anjuran beliau dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu para penerima dan keluarga mereka dalam menjalani kehidupan harian terutamanya dalam suasana pandemik Covid-19,” kata Kesavadas.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button