Aktiviti

Gunasekaren dan Nicole ketuai program pembersihan Kepayang Hill

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama ADUN Bukit Kepayang YB Nicole Tan Lee Koon telah menyertai program Plogging Kepayang Hill, anjuran Persatuan Harapan Persekitaran Hijau Negeri Sembilan di bawah inisiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM).

Gunasekaren berkata, program ini diadakan bagi menjalankan aktiviti pembersihan sampah sarap di Kepayang Hill sambil berekreasi.

“Program seperti ini bukan sahaja menyifatkan tubuh badan dan mental tetapi juga memastikan persekitaran (yang dilalui) sentiasa bersih.

“Sebagai cenderahati, saya juga telah menyampaikan sumbangan anak benih sayur-sayuran kepada semua peserta yang menjayakan program ini,” kata Gunasekeran.

Turut hadir, Penyelia PH GEM, Saudari Navamalar.

Show More

Related Articles

Back to top button