Aktiviti

Gunasekaren dan Suhaimi ganding bahu pantau SOP pasar malam

Cegah penularan pandemik Covid-19

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P. Gunasekaren dan ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim telah bersama- sama melawat tapak Pasar Malam Taman Seremban Jaya.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memastikan penganjur atau pengurusan pasar malam melaksanakan SOP operasi pasar malam yang ditetapkan dan memastikan pengunjung turut mematuhi SOP dengan tujuan mencegah penularan pandemik Covid-19.

Turut serta dalam lawatan dan pemantauan ini ialah pegawai- pegawai Majlis Bandaraya Seremban, Cik Zurainey Abd Aziz, Cik Hasmawati Yusof dan Puan Falizatun Ramlan.

Untuk rekod, Gunasekaren merupakan Pengerusi ADUN Backbenchers Pakatan Harapan Negeri Sembilan, manakala Ustaz Suhaimi pula timbalannya.

Show More

Related Articles

Back to top button