Berita

Program Pendemokrasian oleh Anak Nogori di Gemencheh

GEMENCHEH: Sebuah NGO, Anak Nogori dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah mengadakan Program Pendemokrasian untuk kepimpinan MPKK dari seluruh DUN Gemencheh di Balai Raya Kampung Tengah dekat sini.

Tn Hj Abd latif bersama kepimpinan MPKK Dun Gemencheh pada petang ini telah berkesempatan meluangkan masa bagi mendengar taklimat berkenaan Program Pendemokrasian yang disampaikan oleh En Yusaimi, Pengerusi Anak Nogori dan En Lutfi Hadi, Koordinator bagi Program Pendemokrasian ini.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, program ini diadakan bagi melahirkan masyarakat yang celik demokrasi dan bersedia menjadi sukarelawan untuk Kerajaan Negeri Sembilan.

“Taklimat ini juga diadakan bagi mewujudkan pengkalan data sukarelawan yang sistematik untuk DUN Gemencheh.

“Untuk makluman, kaunter semakan daftar pengundi akan dibuka dalam masa terdekat mengikut jadual yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Bagi memudahkan masyarakat membuat semakan, kaunter ini akan dibuka di balairaya kampung masing-masing,” jelas Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button