Aktiviti

Gunasekaren hulur bantuan makanan kepada mangsa Covid-19

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mengagihkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 45 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Penerima bantuan ini daripada Taman Seremban Jaya, Taman Sri Mawar dan Taman Bidara.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung keluarga ketika berada di rumah bagi mencegah penularan wabak covid-19 yang kini terus meningkat.

“Masyarakat diminta sentiasa mematuhi SOP dan melindungi diri serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi terus memerangi wabak Covid-19,” kata Gunasekaren.

Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Saudara Minnal dan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, Saudari Selvi mewakili Gunasekaren menyerahkan sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button