Berita

Gunasekaren: Isu semak samun di Rumah Pangsa Senawang selesai

Kerja pemotongan rumput dan pembersihan semak samun telah dibuat

SEREMBAN JAYA: Isu semak samun di sekitar kawasan perumahan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 di Taman Sri Mawar telah selesai.

ADUN Seremban Jaya ,YB  P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali telah membuat mengatur kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan semak samun kecil di kawasan perumahan tersebut.

“Kerja- kerja pembersihan ini dilakukan susulan aduan dari Pengerusi Pemantauan Kebajikan Rumah Pangsa Senawang, Sri Mawar, Encik Izlan.

“Kerja-kerja pembersihan ini dilakukan menggunakan peruntukan Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya.

“Kerja- kerja pemotongan rumput ini akan diteruskan sehingga selesai di semua blok perumahan rumah pangsa ini.

“Kita akan akan cuba selesaikan apa jua masalah di sini secara berperingkat demi kebajikan dan keselesaan penduduk setempat,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button