Berita

Gunasekaren: Kampung Sungai Gadut dapat kemudahan tong sampah besar

SEREMBAN JAYA: Demi keselesaan penduduk setempat dan setelah ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mengadakan perbincangan dengan pihak SWCorp, maka pihak SWCorp bersetuju untuk menempatkan sebuah tong sampah besar di Kampung Sungai Gadut.

Ekoran itu, Gunasekaren bersama Pegawai Penguatkuasa SWCorp, Tuan Mustafa dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah melawat lokasi yang dianggap strategik untuk meletakkan sebuah tong sampah besar di kampung tersebut.

“SWCorp bersetuju meletakkan sebuah tong sampah besar untuk kegunaan penduduk kampung bagi membuang sampah domestik,” kata Gunasekaren.

Turut hadir meninjau lokasi tapak tong sampah besar ialah pegawai penguatkuasa SWCorp, Wakil penduduk, Puan Wong dan Bendahari DAP Cawangan Rahang Barat, Saudara Ramesh.

Show More

Related Articles

Back to top button