Aktiviti

Gunasekaren: Kerja pemasangan karpet baru di Surau Taman Sri Mawar siap

SEREMBAN JAYA: Kerja pemasangan karpet baru di Surau Intifah Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Sri Mawar telah siap sepenuhnya, kata ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkesempatan meninjau kerja pemasangan karpet pagi kelmarin dan menyampaikan cek bayaran bagi kos pembelian dan pemasangan karpet kepada pihak kontraktor.

Turut hadir Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Imam surau, Encik Rodzali.

Sementara itu, Gunasekaren telah menyantuni 21 keluarga kurang berkemampuan dan menyampaikan bantuan ‘Hari Raya Aidil Fitri’ berbentuk sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur kepada golongan asnaf di Fasa 10, Taman Seremban Jaya.

“Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri disalurkan kepada penerima yang berkelayakan secara berperingkat-peringkat di DUN Seremban Jaya bagi mematuhi SOP pandemik Covid-19.

“Semoga sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung penerima yang akan menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button