Berita

Gunasekaren ketuai operasi sanitasi di Balai Polis Rahang

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengetuai satu operasi menjalankan kerja-kerja sanitasi (nyah kuman) di Balai Polis Rahang.

Menurut Gunasekaren, beliau dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Rahang, ASP Abdul Hanif Abdul Ghani; bahawa seorang anggota balai polis tersebut telah disahkan positif Covid-19 dan terpaksa dikuarantin di bilik yang berasingan.

“Justeru, operasi nyah kuman perlu dijalankan bagi mencegah dan memutuskan rantaian wabak Covid-19 agar tidak menular di kawasan balai polis ini.

“Kerja-kerja sanitasi telah dilaksanakan oleh Unit Tindak DAP Negeri Sembilan DUN Seremban Jaya.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua ‘frontliners’ yang berisiko terdedah dengan jangkitan virus ini, namun mereka tetap gagah menjalankan tugas.

“Khidmat bakti mereka seharusnya dipandang mulia kerana sanggup berkorban demi keselamatan rakyat,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button