Berita

Gunasekaren lancar kempen kesedaran vaksin Covid-19

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren melancarkan kempen pendaftaran Vaksin Covid-19 melalui aplikasi ‘My sejahtera’ di Kampung Baru Rahang dekat sini.

Gunasekaren berkata, program ini diatur bagi tujuan mendaftarkan orang ramai dan penduduk setempat di dalam DUN Seremban Jaya, bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dengan tujuan membendung pandemik Covid-19.

“Prosedur pendaftaran melalui ‘My Sejahtera’ agak merumitkan rakyat, manakala kaji selidik penyakit dan info lain yang diambil di klinik pula melambatkan proses vaksin dan orang ramai perlu tunggu lama.

“Bagi membendung penularan wabak Covid-19, pendedahan tentang perlunya vaksin Covid-19 perlu dihebahkan kepada orang ramai.

“Saya ingin mencadangkan Jabatan Kesihatan dan Klinik Kesihatan menjalankan proses suntikan vaksin di balairaya dan dewan orang ramai di kawasan perumahan, tempat tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar pagi dan tempat awam yang mudah dikunjungi bagi menyegerakan proses mendapatkan suntikan vaksin ini,” jelasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button