Berita

Gunasekaren mahu sumbang perabot baharu kepada Balai Polis Rahang

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan satu pertemuan dengan Ketua Balai Polis Rahang, ASP Abdul Hanif Abdul Ghani.

Gunasekaran berkata, perjumpaan ini adalah bertujuan melihat sendiri keadaan perabot yang uzur dan yang perlu diganti di Balai Polis Rahang.

“Justeru, saya akan menyumbang dua set meja dan kerusi dalam masa terdekat untuk kegunaan pentadbiran Balai Polis Rahang.

“Perabot (baharu) ini perlu demi keselesaan kakitangan (pentadbiran) balai polis dan pihak awam yang datang berurusan,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button