Berita

Gunasekaren: Hakisan tanah di belakang SJKC Ladang Sungai Salak akan diambil tindakan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB.P.Gunasekaren dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali telah melawat aduan hakisan tanah dan longkang tersumbat di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Sungai Salak, Taman Seremban Jaya.

Gunasekaren berkta, hakisan tanah dan tanah runtuh akan memberi kesan kepada struktur tanah dan ini mendatangkan kebimbangan kepada pihak sekolah kerana hakisan tanah yang berlaku berhampiran dengan bangunan sekolah.

“Saya akan panjangkan aduan ini kepada pihak MBS dan agensi berkaitan untuk tindakan segera.

Tinjauan di lokasi aduan dibuat bersama Ahli Lembaga SJK (C) Ladang Sungai Salak, Saudara Alex dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Saudara Liew.

 

Show More

Related Articles

Back to top button