Berita

Gunasekaren meriahkan sambutan ‘Mattu Ponggal’

GEMENCHEH: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri jemputan ‘Pesta Mattu Ponggal’ yang dianjurkan oleh pasangan suami isteri C.Muniandy dan S.Manimegalai dan pasangan suami isteri C.Alumalai dan S.Hema Malini di Kampung Gedok.

Kedua-dua pasangan suami isteri ini merupakan pengusaha ternakan lembu tenusu.

Gunasekaren berkata, sambutan ‘Pesta Mattu Ponggal’ merupakan sambutan susulan kepada ‘Pesta Ponggal’.

“Mattu bererti lembu, maka sambutan ini kebiasaannya diraikan oleh pengusaha ternakan lembu.

“Semoga sambutan ‘Mattu Ponggal’ ini membawa berkat dan rezeki yang melimpah kepada kedua-dua pasangan suami isteri ini,” katanya.

Gunasekaren juga sempat menyuap nasi ponggal kepada lembu-lembu ternakan milik kedua-dua pasangan suami isteri tersebut.

Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Bendahari DAP Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Saudara Hassan dan ahli keluarga kedua-dua pasangan suami isteri tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button