Berita

Gunasekaren rentas perbezaan ideologi politik, berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat

MANTIN: Perbezaan ideologi politik tidak menghalang ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Sembilan, Saudara Gandhi.

Gunasekaren telah berjumpa dan melawat tapak tanah kediaman yang diduduki oleh keluarga Gandi sejak 40 tahun lepas.

“Saya telah membantu untuk membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Seremban pada 16 Januari lepas, untuk mendapatkan kelulusan menduduki tanah tersebut.

“Saya telah membawa pegawai juru ukur untuk membuat pengukuran ke atas tanah yang telah dimohon.

“Kluster Ke Empat Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan memberikan keutamaan kepada penduduk yang telah menetap lebih 30 tahun dalam proses memohon hak milik tanah kediaman.

“Saya berharap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan Saudara Gandhi untuk memiliki tanah kediaman ini ,” kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button