Menarik

Gunasekaren sumbang RM2,000 jayakan pertandingan memancing

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri jemputan Perasmian Penutup Pertandingan Memancing Kawasan Rukun Tetangga Anjuran Jiran Usia Emas Taman Sri Mawar.

Gunasekaren berkata, pertandingan memancing di Kolam Memancing Jalan Paroi ini telah disertai oleh 55 orang.

“Memancing adalah aktiviti sihat yang menguji kesabaran yang memang digemari oleh warga emas dan jika hasil memancing berjaya ia akan memberi kelegaan minda dan rasa puas hati dengan hasil tangkapan.

“Pertandingan memancing kali ini dijuarai oleh Encik Yuslisam Yahya dengan tangkapan ikan seberat 4.4 kg manakala tangkapan ikan terpantas telah diperolehi oleh Encik Shahrul Nizam dengan ikan seberat 1.9 kg.

“Tahniah dan syabas kepada Pengerusi KRT Taman Sri Mawar, Encik Effi kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini,” kata Gunasekaren.

Gunasekaran turut menyumbang RM2,000 untuk menjayakan program ini dan para peserta turut memenangi hadiah yang telah disediakan pihak penganjur.

Show More

Related Articles

Back to top button