Aktiviti

Gunasekaren santuni 20 keluarga terjejas akibat Covid-19

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB. P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 20 keluarga kurang berkemampuan di DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, sumbangan di bawah peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah ini adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.

‘Penerima sumbangan bulanan yang dikenal pasti ini terdiri daripada golongan pesakit kronik, pesakit terlantar, lumpuh dan OKU kritikal.

“Penerima sumbangan ini dari Taman Seremban Jaya, Taman Senangin, Taman Ampuan Najihah, Taman Bukit Sri Senawang, Taman Sri Mawar, Taman South East Garden, Taman Bidara dan Kampung Baru Rahang.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga penerima yang rata-rata terjejas berikutan pandemik Covid-19,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button