Berita

Gunasekaren santuni 32 keluarga, hulur bantuan makanan

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni dan menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 32 keluarga di DUN Seremban Jaya.

“Sebanyak 19 individu berpenyakit kronik dan orang kurang upaya menerima barangan keperluan dapur dan mereka adalah penerima bantuan bulanan secara tetap.

“Turut menerima bantuan makanan, enam buah keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 dan tujuh keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“32 keluarga yang menerima bantuan ini dari Taman Seremban Jaya, Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Bukit Sri Senawang, Taman Sri Mawar dan Taman Bukit Emas.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban keluarga masing-masing,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button