Aktiviti

Gunasekaren santuni peniaga Pasar Pagi Kampung Baru Rahang

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Guansekaren telah beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung Pasar Pagi Kampung Baru Rahang di sini.

“Pasar pagi ini baru dibuka sejak seminggu yang lalu setelah ditutup bagi tempoh yang lama kerana pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jumlah kehadiran pengunjung masih kurang dan belum mendapat sambutan.

“Saya berharap peniaga di sini bersabar kerana masyarakat masih berhati-hati bukan sahaja untuk berkunjung ke pasar pagi ini tetapi juga di lain-lain premis perniagaan.

“Saya percaya keadaan akan kembali normal tidak lama lagi apabila pandemik Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew.

 

Show More

Related Articles

Back to top button