Berita

Gunasekaren selamatkan burung merpati yang tenggelam dalam longkang

SEREMBAN JAYA: Nasib seekor burung merpati agak baik, apabila ianya berjaya diselamatkan oleh ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren kelmarin.

Menurut Gunasekaren, kejadian berlaku ketika beliau sedang melakukan tinjauan berhubung beberapa aduan awam di Taman Seremban Jaya bersama beberapa penduduk setempat.

“Ketika saya sedang meneliti masalah saliran air longkang yang bertakung di belakang sebuah deretan rumah, saya ternampak seekor burung merpati yang hampir ditenggelami air longkang dan menghadapi kesukaran untuk terbang dan keluar dari longkang itu.

“Justeru, saya sempat menangkap dan menyelamatkan burung itu dari lemas dan seterusnya melepaskannya semula.

“Saya berharap burung yang diselamatkan itu akan terbang dan balik semula ke sarangnya.

“Ini pengalaman menarik bagi saya kerana saya bukan sahaja berpeluang membantu rakyat tetapi dapat juga menolong haiwan yang turut berkongsi hidup bersama kita dalam bumi ini,” kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button